Monday, July 19, 2010

PROGRAM PEMBANGUNAN WAWASAN BAGI PELAJAR BARU PART 4 BACC.

Salam

Fakulti Perakaunan akan mengadakan Program Pembangunan Wawasan bagi kesemua pelajar baru semester 4 yang sedang mengikuti pengajian Sarjana Muda Perakaunan dengan kepujian. Kehadiran adalah diwajibkan. Program ini adalah berbentuk orientasi, bertujuan untuk memperkenalkan pelajar-pelajar dengan pihak fakulti dan merapatkan silaturahim antara pelajar-pelajar. Maklumat program adalah seperti berikut:

1. Hari pertama;
Tarikh: 23 Julai 2010, Jumaat

Masa: 3.00 pm - 6.00 pm

Tempat: Dewan Kuliah 1

2. Hari kedua;
Tarikh: 24 Julai 2010, Sabtu

Masa: 7.30 am -6.00 pm

Tempat: Laman Budaya Taman Tasik Shah Alam

Pakaian: Sukan

Pengangkutan: akan disediakan.

Semua diminta hadir pada tarikh tersebut. Ketua Program juga akan hadir.

Monday, July 12, 2010

Jadual Kemahiran Insianiah Bagi Pelajar Fakulti Perakaunan


Salam to all,

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM dan Fakulti Perakaunan akan menganjurkan kursus wajib untuk semua pelajar fakulti hadiri. Program tersebut dinamakan "Kemahiran Insaniah" dan bertujuan untuk memupuk dan membentuk siswazah fakulti ke arah profesionalisme dan berdaya saing. Program ini wajib dihadiri dan sijil kehadiran akan dikeluarkan kepada pelajar. Kehadiran ke program ini juga merupakan antara syarat wajib untuk menamatkan program pengajian akademik yang diikuti.

Berikut disertakan jadual program tersebut bagi semester pengajian yang berkenaan.