Wednesday, February 16, 2011

INTERSESSION REGISTRATION 2011

PROGRAM INTERSESI
16 MAY – 17 JUNE 2011


Program Intersesi akan diadakan bagi kursus-kursus berikut untuk bahagian semester tertentu bagi program Diploma Trek Pantas seperti tarikh di atas. Kursus-kursus tersebut adalah seperti berikut:

Bahagian 4:
1. AUD 390
2. TAX 370


Pelajar-pelajar bahagian 1, 2 dan 3 tidak perlu mendaftar intersesi untuk tarikh di atas. Ini adalah kerana kuliah program diploma akan bermula pada 30 Mei 2011. Pelajar-pelajar bahagian 1, 2 dan 3 akan mengambil intersesi pada bulan Oktober –November 2011.

Sekian

Wednesday, December 15, 2010

PENERAPAN PELAJAR DIPLOMA TREK PANTAS SEMESTER AKHIR KE PROGRAM SARJANA MUDA PERAKAUNAN

Salam,

Pelajar-pelajar trek pantas diploma perakaunan semester akhir yang telah membuat permohonan untuk kemasukkan program sarjana muda perakaunan semester Disember 2010 bolehlah memperolehi surat tawaran secara online melalui website dan prosedur berikut:

1. access "www.onlineuitm.edu.my

2. klik "keputusan pemmohonan"

3. klik "semak status permohonan"

4. klik "penerapan pelajar asasi/trekpantas uitm

5. masukkan no. ic dan terima surat tawaran.

Kepada mereka yang tidak ditawar ke program trek pantas sarjana muda silalah hubungi saya di talian 03-55444915

Sekian

Terima Kasih

Wednesday, August 18, 2010

Digi Deep Green Challenge for Change 2010 - Powered by DiGi





Salam to all,

Students are invited to participate in The Deep Green Challenge For Change 2010 brought by Digi. The competition is open for all students in the University. Exclusive prizes awaiting those winners of the competition, inclusive of cash prizes and free flight ticket and accomodation in San Francisco, USA. Kindly refer to the attached posters for further details and information on participation. There are two types of competition, namely DiGi social venture and Digi Green Tech for your consideration.

Thank You

DEGREE REGISTRATION FOR THE FINAL YEAR FAST TRACK'S DIPLOMA IN ACCOUNTANCY STUDENTS

Salam to all Part 4 Fast Track DIA final year students,

You are required to register for the entry into the Bachelor of Accountancy programme starting from this semester of July 2010 - November 2010. The offer to the bachelor programme will not be done automatically as before due to the changes in procedures decided by the Intake Unit. In order to get yourselves registered, kindly follow the following instructions:

1. Enter; www.uitmonline.edu.my

2. Create your new account

3. click e-borang semester akhir diploma trek pantas AC110

3. Enter your personal details as required.

The closing date for the registration is expected to be on 15th September 2010. Kindly act immediately to avoid missing the opportunity to continue to the Bachelor Programme. Any inquiries,kindly contact me or Pn Norilmiah.

Thank You

Monday, July 19, 2010

PROGRAM PEMBANGUNAN WAWASAN BAGI PELAJAR BARU PART 4 BACC.

Salam

Fakulti Perakaunan akan mengadakan Program Pembangunan Wawasan bagi kesemua pelajar baru semester 4 yang sedang mengikuti pengajian Sarjana Muda Perakaunan dengan kepujian. Kehadiran adalah diwajibkan. Program ini adalah berbentuk orientasi, bertujuan untuk memperkenalkan pelajar-pelajar dengan pihak fakulti dan merapatkan silaturahim antara pelajar-pelajar. Maklumat program adalah seperti berikut:

1. Hari pertama;
Tarikh: 23 Julai 2010, Jumaat

Masa: 3.00 pm - 6.00 pm

Tempat: Dewan Kuliah 1

2. Hari kedua;
Tarikh: 24 Julai 2010, Sabtu

Masa: 7.30 am -6.00 pm

Tempat: Laman Budaya Taman Tasik Shah Alam

Pakaian: Sukan

Pengangkutan: akan disediakan.

Semua diminta hadir pada tarikh tersebut. Ketua Program juga akan hadir.

Monday, July 12, 2010

Jadual Kemahiran Insianiah Bagi Pelajar Fakulti Perakaunan


Salam to all,

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM dan Fakulti Perakaunan akan menganjurkan kursus wajib untuk semua pelajar fakulti hadiri. Program tersebut dinamakan "Kemahiran Insaniah" dan bertujuan untuk memupuk dan membentuk siswazah fakulti ke arah profesionalisme dan berdaya saing. Program ini wajib dihadiri dan sijil kehadiran akan dikeluarkan kepada pelajar. Kehadiran ke program ini juga merupakan antara syarat wajib untuk menamatkan program pengajian akademik yang diikuti.

Berikut disertakan jadual program tersebut bagi semester pengajian yang berkenaan.

Friday, June 25, 2010

PENERAPAN TREK PANTAS AC110 KE AC220

PERHATIAN: PELAJAR SEMESTER AKHIR DIPLOMA PERAKAUNAN AC110 JUN 2010

Pelajar-pelajar Trek Pantas Diploma Perakaunan semester akhir intersesi Jun 2010 akan ditawarkan dan diserap secara automatik ke program Sarjana Muda Perakaunan AC220, sekiranya telah berjaya menamatkan kursus-kursus Diploma tersebut. Pelajar-pelajar yang mendapat CGPA 3.00 ke atas akan ditempatkan di Shah Alam. Bagi yang mendapat CGPA di bawah 3.00 akan ditempatkan di cawangan terdekat.

Penerapan ke Sarjana Muda Perakaunan AC220 hanya dapat dilakukan selepas keputusan intersesi diketahui. Dijangkakan keputusan hanya akan diketahui pada 5 Julai 2010. Oleh itu penerapan hanya dapat dilakukan selepas tarikh tersebut.

Walaubagaimanapun, pelajar-pelajar dikehendaki memasuki kelas sarjana muda perakaunan pada 5Julai 2010 walaupun belum mengetahui keputusan dan tawaran penerapan. Saya akan berurusan dengan En. Meor, wakil pelajar anda untuk menetapkan kelas yang akan dimasukki.

Sekian

Terima Kasih