Monday, July 19, 2010

PROGRAM PEMBANGUNAN WAWASAN BAGI PELAJAR BARU PART 4 BACC.

Salam

Fakulti Perakaunan akan mengadakan Program Pembangunan Wawasan bagi kesemua pelajar baru semester 4 yang sedang mengikuti pengajian Sarjana Muda Perakaunan dengan kepujian. Kehadiran adalah diwajibkan. Program ini adalah berbentuk orientasi, bertujuan untuk memperkenalkan pelajar-pelajar dengan pihak fakulti dan merapatkan silaturahim antara pelajar-pelajar. Maklumat program adalah seperti berikut:

1. Hari pertama;
Tarikh: 23 Julai 2010, Jumaat

Masa: 3.00 pm - 6.00 pm

Tempat: Dewan Kuliah 1

2. Hari kedua;
Tarikh: 24 Julai 2010, Sabtu

Masa: 7.30 am -6.00 pm

Tempat: Laman Budaya Taman Tasik Shah Alam

Pakaian: Sukan

Pengangkutan: akan disediakan.

Semua diminta hadir pada tarikh tersebut. Ketua Program juga akan hadir.

Monday, July 12, 2010

Jadual Kemahiran Insianiah Bagi Pelajar Fakulti Perakaunan


Salam to all,

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM dan Fakulti Perakaunan akan menganjurkan kursus wajib untuk semua pelajar fakulti hadiri. Program tersebut dinamakan "Kemahiran Insaniah" dan bertujuan untuk memupuk dan membentuk siswazah fakulti ke arah profesionalisme dan berdaya saing. Program ini wajib dihadiri dan sijil kehadiran akan dikeluarkan kepada pelajar. Kehadiran ke program ini juga merupakan antara syarat wajib untuk menamatkan program pengajian akademik yang diikuti.

Berikut disertakan jadual program tersebut bagi semester pengajian yang berkenaan.

Friday, June 25, 2010

PENERAPAN TREK PANTAS AC110 KE AC220

PERHATIAN: PELAJAR SEMESTER AKHIR DIPLOMA PERAKAUNAN AC110 JUN 2010

Pelajar-pelajar Trek Pantas Diploma Perakaunan semester akhir intersesi Jun 2010 akan ditawarkan dan diserap secara automatik ke program Sarjana Muda Perakaunan AC220, sekiranya telah berjaya menamatkan kursus-kursus Diploma tersebut. Pelajar-pelajar yang mendapat CGPA 3.00 ke atas akan ditempatkan di Shah Alam. Bagi yang mendapat CGPA di bawah 3.00 akan ditempatkan di cawangan terdekat.

Penerapan ke Sarjana Muda Perakaunan AC220 hanya dapat dilakukan selepas keputusan intersesi diketahui. Dijangkakan keputusan hanya akan diketahui pada 5 Julai 2010. Oleh itu penerapan hanya dapat dilakukan selepas tarikh tersebut.

Walaubagaimanapun, pelajar-pelajar dikehendaki memasuki kelas sarjana muda perakaunan pada 5Julai 2010 walaupun belum mengetahui keputusan dan tawaran penerapan. Saya akan berurusan dengan En. Meor, wakil pelajar anda untuk menetapkan kelas yang akan dimasukki.

Sekian

Terima Kasih

Friday, May 14, 2010

INTERSESSION TIMETABLE AND ACCOMODATION


Salam To all taking intersession courses

Hostel applications have been approved by the HEP unit. You can collect the forms and make payment at the Bendahari office prior staying in the hostel. However, if you arrive only on 15th and 16th of May or later, you can enter the hostel first, collect the form from the hostel office and make payment on Monday 17th. For your information, all male students will be assigned to Perindu hostel and female students to Melati hostel.

Attached is the timetable of the intersession courses for your attention.

thank you

Monday, April 5, 2010

PRESENTATION BY CPA AUSTRALIA

THE REPRESENTATIVES FROM CPA AUSTRALIA ARE GOING TO CONDUCT A PRESENTATION TO PROMOTE THE CPA AUSTRALIA PROFESSIONAL PROGRAMME AND TO HIGHLIGHT THE OPPORTUNITIES AND BENEFITS OF JOINING THE PROFESSIONAL BODY. THE PROGRAMME IS TO BE HELD AS FOLLOWS:

DATE : 14TH APRIL 2010; WEDNESDAY

TIME : 12.30 PM TO 2.00 PM

VENUE : DEWAN KULIAH 3

THE ATTENDANCE IS COMPULSORY FOR ALL OF THE PART 8 B.ACC. FAST TRACK STUDENTS. LUNCH WILL BE PROVIDED

THANK YOU

Tuesday, March 30, 2010

CTU 553

Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) akan mengadakan kuliah pengukuhan akademik kepada pelajar yang mengambil kursus CTU553 seperti butiran di bawah:-
Tarikh: 8 April 2010
Masa: 8.00-10.30 malam
Tempat: Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam
Penceramah: Dr. Mohd Ridzuan Tee Abdullah

Pelajar-pelajar yang mengambil kod kursus CTU553 pada semester ini diwajibkan hadir.

Pendaftaran Kod Kursus Semester Julai

Sila abaikan arahan di Student Portal UiTM bagi tujuan pendaftaran kerana pendaftaran kod kursus untuk semua pelajar Fakulti Perakaunan bagi semester Julai-November 2010 akan dilakukan oleh pihak fakulti.