Tuesday, June 12, 2012

Intersesi Khas 2012 Update Diploma Trek Pantas

Salam dan Perhatian kepada Pelajar yang terlibat. Program Intersesi Khas akan dijalankan seperti dirancang bermula daripada 18 Jun 2012 sehingga 24 Julai 2012. Kelas program intersesi khas ini akan dijalankan di kampus induk Fakulti Perakaunan, Menara SAAS Shah Alam. Untuk tujuan ini, pihak Fakulti telah menyediakan sebanyak 5 buah bas untuk transit dari kampus Puncak Perdana ke kampus induk dan dari Kampus induk Shah Alam kembali ke kampus Puncak Perdana. Bas akan bertolak setiap hari dari kampus Puncak Perdana dari pukul 8.30 pagi sehingga 9.00 pagi. Kelas intersesi akan bermula dari pukul 10.30 pagi dan akan berakhir pada pukul 4.30 petang. Bas untuk kembali ke kampus Puncak Perdana akan bertolak dari kampus induk pada pukul 5.00 petang. Pelajar dinasihatkan untuk menunggu dan menaiki bas ke Puncak Perdana ini di hadapan Kolej Seroja. Kelas intersesi akan dijalankan 4 hari seminggu iaitu dari hari Isnin sehingga hari Khamis. Kelas intersesi khas tidak dijalankan pada hari Jumaat. Atas sebab ini, setiap kelas intersesi sebagai contoh FAR 300 akan berjalan selama 2 jam 30 minit, setiap hari kecuali pada hari Jumaat. Sekiranya ada pensyarah yang ingin membuat kelas tambahan, kelas ganti mahupun kelas pada waktu lain selain waktu intersesi, pensyarah tersebut telah dinasihatkan untuk menjalankan kelas tersebut di kampus Puncak Perdana sahaja. Disertakan juga salinan jadual waktu dan senarai kumpulan yang pelajar akan ikuti untuk rujukan. Sekian Terima Kasih

Monday, June 11, 2012

Update Intersesi Khas 2012 (18 Jun - 24 Julai)

Salam Kepada Semua Pelajar Intersesi Khas yang terlibat, Alhamdullillah, pihak Kemudahan Kolej telah bersetuju membenarkan penempatan asrama kolej di kampus Puncak Perdana. Para pelajar boleh terus mendaftar di asrama kolej Puncak Perdana pada tarikh 15 Jun 2012 dan 18 jun 2012. Pejabat kolej ditutup untuk pendaftaran pada hari Sabtu dan Ahad. kelas intersesi walau bagaimanapun akan dilaksanakan di kampus Shah Alam. Oleh sebab itu kemudahan pengangkutan akan disediakan antara kampus puncak perdana dan kampus Shah Alam. Pihak kami akan membuat update seterusnya di dalam blog ini. Mohon terus memberi perhatian kepada blog ini. Harap Maklum

Sunday, June 10, 2012

INTERSESI KHAS DIPLOMA PERAKAUNAN TREK PANTAS 18 JUN 2012-24 JULAI 2012

Kepada pelajar-pelajar trek pantas diploma perakaunan yang mengambil Intersesi khas pada tarikh 18 Jun 2012, Program Intersesi Khas bagi kursus FAR 300 dan TAX 370 akan dijalankan seperti yang dirancang dari tarikh 18 Jun 2012 sehingga 24 Julai 2012. Pelajar-pelajar akan dibahagikan kepada 7 kumpulan dan senarai nama di dalam setiap kumpulan akan dipaparkan di papan kenyataan Fakulti di tingkat 11 dan juga di dalam blog secepat mungkin.Jadual waktu kelas juga akan disertakan untuk makluman nanti. Pelajar-pelajar bolehlah terus mengikuti kelas kumpulan seperti mana yang telah dinyatakan pada tarikh 18 Jun (Isnin). Proses pendaftaran akan dilakukan oleh Fakulti berdasarkan nama-nama di dalam setiap kumpulan. Bagi proses pembayaran yuran pendaftaran intersesi akan dimaklumkan kemudian setelah kelas bermula. Sekian Terima Kasih