Tuesday, June 12, 2012

Intersesi Khas 2012 Update Diploma Trek Pantas

Salam dan Perhatian kepada Pelajar yang terlibat. Program Intersesi Khas akan dijalankan seperti dirancang bermula daripada 18 Jun 2012 sehingga 24 Julai 2012. Kelas program intersesi khas ini akan dijalankan di kampus induk Fakulti Perakaunan, Menara SAAS Shah Alam. Untuk tujuan ini, pihak Fakulti telah menyediakan sebanyak 5 buah bas untuk transit dari kampus Puncak Perdana ke kampus induk dan dari Kampus induk Shah Alam kembali ke kampus Puncak Perdana. Bas akan bertolak setiap hari dari kampus Puncak Perdana dari pukul 8.30 pagi sehingga 9.00 pagi. Kelas intersesi akan bermula dari pukul 10.30 pagi dan akan berakhir pada pukul 4.30 petang. Bas untuk kembali ke kampus Puncak Perdana akan bertolak dari kampus induk pada pukul 5.00 petang. Pelajar dinasihatkan untuk menunggu dan menaiki bas ke Puncak Perdana ini di hadapan Kolej Seroja. Kelas intersesi akan dijalankan 4 hari seminggu iaitu dari hari Isnin sehingga hari Khamis. Kelas intersesi khas tidak dijalankan pada hari Jumaat. Atas sebab ini, setiap kelas intersesi sebagai contoh FAR 300 akan berjalan selama 2 jam 30 minit, setiap hari kecuali pada hari Jumaat. Sekiranya ada pensyarah yang ingin membuat kelas tambahan, kelas ganti mahupun kelas pada waktu lain selain waktu intersesi, pensyarah tersebut telah dinasihatkan untuk menjalankan kelas tersebut di kampus Puncak Perdana sahaja. Disertakan juga salinan jadual waktu dan senarai kumpulan yang pelajar akan ikuti untuk rujukan. Sekian Terima Kasih

3 comments:

nUr_saadah said...

salam, terima kasih atas maklumat ini. namun saya harap tak akan ada masalah mengenai kelas ganti kerana ramai juga yang telah pun memilih untuk menginap di luar kolej apabila dapat tahu mengenai tiada kolej disediakan. dan pastinya akan menjadi satu masalah bagi kami pelajar yang duduk diluar kolej untuk menghadiri kelas ganti apabila ianya akan diadakan di puncak perdana. sekian.

Mohamad Ezrien Bin Mohamad Kamal said...

salam. saya juga berharap begitu.Mungkin boleh berbincang dengan pensyarah nanti kalau ada masalah. sekian

Kuldeep Singh said...

ISO 27001:2005 provide It fulfills business continuity requirements
ISO 27001:2008 certification implements Information Security Management System (ISMS) in organizations with an aim to deal with both explicit and implicit security requirements of customers. Certification to ISO/IEC 27001:2005 adds value to the measures taken to protect the assets of your customers. This standard is specifically intended to ensure the protection of your information resources.